Majlis Tertinggi UMNO

Majlis Tertinggi UMNO merupakan badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal UMNO. Sebarang keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka Majlis Tertinggi UMNO hendaklah melaksanakannya. Tugas dan tanggungjawab Majlis Tertinggi UMNO tertakluk kepada Fasa 9 dan Fasa 10 Perlembagaan UMNO. Tempat mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah dipindahkan ke Menara Dato Onn, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia.Majlis tertinggi UMNO mestilah mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan, Akta Pertubuhan 1966. UMNO pernah diharamkan pada 1988 apabila beberapa bahagian/cawangan tidak berdaftar dibenarkan mengundi dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987.